Monday, September 5, 2016

Pertanian adalah Perniagaan



Sumber : http://distanhut.bintankab.go.id/

1.0 PENGENALAN BIDANG PERTANIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ‘pertanian’ yang terhasil dari kata nama tani bermaksud perihal bertani (tanam-menanam) atau perusahaan bercucuk tanam. Pertanian merupakan satu bentuk kegiatan penanaman tumbuhan dan pokok-pokok yang mampu memberikan hasil kepada manusia. Sumber ini merupakan salah satu ciptaan Allah SWT kepada manusia sebagai punca rezeki yang boleh dikategorikan kepada beberapa jenis penghasilan seperti sumber makanan, bahan mentah untuk pembuatan rumah, perabot, alat tulis, kertas dan pelbagai lagi. Bidang pertanian juga merupakan satu bidang yang tidak pernah terhenti prosesnya memandangkan keperluan kepada penghasilannya adalah tinggi.

Menurut Mohammad Shukri Majalin (2011), bidang atau sektor pertanian ialah satu sektor yang mampu menjana pendaatan negara serta merupakan salah satu sektor penting dalam hala tuju pembangunan atau ekonomi negara Malaysia amnya. Beliau turut memperincikan laporan yang berkaitan sektor pertanian di negeri Sabah dengan menyatakan bahawa sektor pertanian merupakan sumber bekalan penduduk tempatan, memberi banyak peluang pekerjaan. Sektor ini juga turut menyumbang 25% hingga 30% KDNK Negeri Sabah. Dalam tahun 2006 pula, sumbangan nilai eksport negeri Sabah adalah sebanyak 35% hingga 44%. Secara amnya, beliau membuat kenyataan bahawa sektor pertanian adalah sektor yang berdaya saing. Justeru, kerajaan mahu mewujudkan sektor pertanian yang berdaya maju, bersifat komersial dan berdaya tahan. Bagi merealisasikan wawasan ini, para penggiat bidang pertanian perlu melakukan perubahan dari segi cara perlaksanaan, minda yang betul dan keupayaan modal insan, kewangan dan peralatan atau mesin.

Menurut Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu (seperti dipetik dalam Mohammad Shukri Majalin, 2011, hal.18) :

Pertanian ialah perniagaan. Ia bukanlah pengeluaran produk semata-mata. Apa juga yang anda tanam atau ternak, jika memberi pulangan wang, ia adalah perniagaan.”

2.0 KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

Bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting sedangkan ianya bukanlah diusahakan oleh individu yang dilabelkan sebagai pekerja dari bidang profesional. Menurut Ashriq Fahmy Ahmad (2012), sektor pertanian ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia. Berbeza pula dengan apa yang dapat kita lihat pada tahun 2016 dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam memberi pulangan yang lumayan. Disebabkan itu juga, bagi meningkatkan kesedaran dikalangan rakyat negara Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011.

Kepentingan bidang pertanian ini dilihat sangat tinggi apabila meningkatnya permintaan kepada bahan asas tani seperti sayur-sayuran dan sumber lain untuk kegunaan harian. Bidang pertanian amat penting dalam membantu pengeluaran oksigen dengan lebih banyak dan dilihat sebagai salah satu penjagaan dan pemeliharaan ekosistem. Bukan itu sahaja, bidang pertanian ini dilihat dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Mengapa perlu mendapatkam bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijirin dan juga koko. Jika keperluan ini dilihat mencukupi, maka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. 

Dari segi matawang dan keuntungan pula, bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Selain itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja di dalam bidang pertanian sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. 

Pentingnya menceburi bidang pertanian bagi setiap lapisan masyarakat adalah secara tidak langsung kita akan dapat memenuhi keperluan bahan makanan sekaligus mengelakkan krisis makanan daripada berlaku. Dengan bilangan penduduk yang dijangka meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang tahun 2020, dijangka keperluan makanan juga akan meningkat. Ini juga menjadi kegusaran penduduk apabila kurangnya makanan sekiranya berlaku bencana alam. 

3.0 POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN


Sumber : www.behance.net/MOA-AGRICULTURAL-Campaign

Bidang pertanian di Malaysia diketahui merupakan antara yang terpenting dalam pembangunan negara. Ini diperincikan dengan terbentuknya 12 peratus daripada KDNK negara. Dalam peratusan pekerjaan juga, 16 peratus daripada penduduk Malaysia bekerja di dalam bidang pertanian. Ini kerana, Malaysia mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun atau lebih dikenali sebagai negara beriklim khatulistiwa. Disebabkan itu juga tanah di Malaysia adalah subur untuk tanaman sepanjang tahun berikutan hujan tahunannya yang mencecah 80 peratus setahun antara 2000mm hingga 2500mm.

Perniagaan berasaskan tani ini mampu menjana pendapatan yang menguntungkan melalui penyelidikan dan pemasaran yang diketengahkan oleh pihak MARDI dan juga FAMA. Apabila pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka harga pasaran hasil yang akan dijual pasti meningkat sekaligus memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang melakukannya. Disitulah dapat dilihat akan kefungsian agensi pelaksana untuk memberi garis panduan terhadap kualiti dan pemasaran hasil tani. Proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan, pengredan, pembungkusan dan pemasaran diberi keutamaan bagi menambahkan lagi daya saing setiap produk yang dihasilkan.

Bidang pertanian di Malaysia juga dilihat berpotensi untuk dijadikan perniagaan apabila konsep agro-pelancongan diterapkan. Konsep ini dibangunkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) sementara aspek promosi dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Mengapa ia dikatakan berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan? Ini kerana pertanian bukanlah hanya untuk dijadikan sumber makanan sahaja, malah ianya juga adalah untuk dinikmati hasil keseniannya dan Malaysia merupakan negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadinya. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan disediakan kepada para pelancong. Antara aktiviti yang ditawarkan oleh agro-pelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buahan serta ladang ternakan, penyelidikan, rumah rehat dan sebagainya. 

Jika agro-pelancongan merupakan hasil kerjasama antara MOA dan Kementerian Pelancongan, potensi bidang pertanian untuk menjadi perniagaan yang menguntungkan juga turut diperkatakan oleh Mohamad Nizam Malik (2009). Beliau turut berkongsi satu gerbang perdagangan hasil pertanian melalui alamat laman web www.agribazaar.com yang dibangunkan dengan kerjasama MOA dan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia  (MIMOS) atau MIMOS Berhad. Portal ini merupakan platform baru yang membolehkan pengusaha berhubung terus dengan ramai pembeli untuk mendapatkan harga terbaik sekaligus menjadikan bidang pertanian satu perniagaan yang berpotensi dan kekal relevan di pasaran dunia.

4.0 CABARAN / HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Pelbagai cabaran atau halangan yang perlu dilalui oleh usahawan tani bagi memastikan bidang perniagaan berasaskan pertanian ini mendapat tempat di pasaran negara mahupun antarabangsa. Terdapat tiga perkara besar yang menjadi cabaran serta halangan dalam memastikan bidang pertanian berasaskan pertanian kekal relevan dan dikenali sebagai satu perniagaan yang sangat menguntungkan kerana terhasil dari sumber alam. Cabaran dan halangan tersebut adalah tanah dan pembangunan, modal serta bencana alam.

4.1  Tanah dan Pembangunan
Malaysia mempunyai keluasan tanah sebanyak 329,960.22 kilometer persegi. Dalam keluasan tersebut, hampir 24 peratus adalah terdiri daripada tanah yang berdedikasi untuk pertanian sahaja. 24 peratus tersebut diperincikan lagi kepada 7,605,00 hektar tanah pertanian yang subur dan kekal. Sungguhpun begitu, dalam era globalisasi ini, kemodenan melangkaui segalanya dimana harga setiap tanah semakin melonjak tinggi. Usahawan tani dilanda masalah yang melibatkan tanah bagi tujuan pertanian dan disebabkan itu juga kemajuan dalam sektor pertanian Negara menjadi lambat jika tanah bagi bidang ini digunakan untuk pembangunan. Pada awalnya, kemajuan dalam sektor ini dianggarkan berlaku dalam tempoh 5 tahun dan disebabkan oleh faktor tersebut, ia dianggarkan menjangkau hingga ke 20 tahun. Oleh yang demikian, pelabur juga dikatakan menjadi tawar hati dan tidak berminat berikutan terpaksa menunggu dalam masa yang lama. Menurut Rafiqah Aziz. (2015), sektor pertanian menghadapai masalah berkaitan kekurangan keluasan tanah yang subur untuk penanaman akibat dilanda oleh proses perbandaran dan kemajuan industri. Dua pembolehubah ekonomi ini jelas mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah output pertanian apabila dikaitkan dengan ketidaklestarian sektor pertanian yang menyebabkan bekalan tanah pertanian berkurangan serta tekanan penduduk yang kian bertambah.

4.2  Modal
Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum menjadi seorang usahawan. Dalam konteks usahawan pertanian, banyak persoalan yang akan bermain diminda dan salah satunya adalah berkaitan dengan modal. Menurut Rafiqah Aziz (2015), modal merupakan salah satu input penting didalam apa jua kegiatan ekonomi. Berbeza pula dengan Valentino Dinsi (2015) menyatakan bahawa setiap usahawan tidak semestinya memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Ini kerana definisi modal dalam bidang keusahawanan bukanlah wang semata-mata. Hasil tanaman atau pertanian juga merupakan satu modal awal yang boleh dijadikan permulaan perniagaan. Sungguhpun begitu, cara atau taktik pemasaran memerlukan seorang usahawan mengumpul modal yang lebih besar. Rafiqah Aziz (2015) menekankan bahawa dalam aktiviti pertanian, modal sangat diperlukan untuk menanggung kos-kos pengeluaran dimana pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi pusingan modal dan aktiviti pertanian itu sendiri. Selain itu, pengusaha juga mengalami masalah dalam kekangan kewangan untuk membeli peralatan dan perkakas yang berkaitan. Menjadi seorang usahawan tani memerlukan persediaan yang besar dari segi mental, fizikal dan kewangan. Cabaran ini merupakan satu cabaran yang perlu difikirkan oleh seorang usahawan akan dimana mereka dapat menjana sumber kewangan. Untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya, perlu ditanamkan satu sifat integriti atau jujur untuk membuat bayaran terhadap semua proses yang dijalankan seperti pinjaman dan sebagainya.

Masalah modal dan kekangan bantuan kewangan seperti ini sering merenjatkan hasrat serta keterujaan golongan belia untuk menjadi seorang usahawan lebih-lebih lagi di dalam bidang pertanian. Ulasan dari Rafiqah Aziz (2015) jelas menyatakan bahawa antara yang menyebabkan masalah dalam kekurangan modal ini ialah kekurangan kemudahan kredit dan input. Sekiranya wujud kemudahan kredit dan penggunaan input pertanian yang dirancang dengan baik dari segi penghantaran dan penggunaannya, ia diyakini dapat meningkatkan pengeluaran pertanian ini. Input-input pertanian yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran disandarkan kepada tiga kriteria iaitu kesesuaian, mudah didapati dan kemampuan.

Antara inisiatif lain kerajaan Malaysia adalah dengan menyediakan pinjaman kepada usahawan tani dari Bank Pertanian atau kini dikenali sebagai Agro Bank. Pinjaman untuk penggunaan modal awal adalah tertakluk kepada apa yang telah digariskan didalam spesifikasi yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan di bank tersebut.

4.3 Bencana Alam
Antara cabaran lain yang dilalui oleh pengusaha dalam bidang pertanian adalah faktor bencana alam yang berterusan dan membawa kepada kemusnahan tanaman sekaligus menyebabkan kekurangan sumber makanan. Apabila terjadinya bencana alam, ladang-ladang pertanian akan musnah dan ianya merencatkan pengeluaran hasil tanaman. Ini akan menyebabkan bekalan makanan terjejas dan pengusaha mengalami kerugian yang besar. Oleh kerana bencana alam yang berterusan, tanah-tanah pertanian terpaksa ditukar menjadi kawasan penempatan penduduk. Disebabkan itu, keluasan tanah pertanian menjadi kecil dan tanaman menjadi terhad.

Melalui kajian yang dikongsi di Usahawan.com juga, Malaysia pernah melalui era krisis makanan pada bulan Mac dan April tahun 2008. Kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah global menjadi punca kepada krisis makanan ini. Akibatnya, kadar inflasi berlaku dan harga keperluan makanan naik dengan mendadak sehingga menyebabkan penduduk merasa kesannya.

5.0 SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERTANIAN BERASASKAN PERNIAGAAN

Dalam memastikan bidang pertanian kekal relevan di mata dunia dan sejajar dengan ikrar kerajaan Malaysia, melalui pembentangan bajet tahunan iaitu sewaktu Bajet 2013 dibentangkan, peruntukan telah diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu sebanyak RM5.8 billion dan kerajaan Malaysia juga turut menyediakan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan program pertanian yang melibatkan penggunaan aplikasi berteknologi tinggi dalam penghasilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Malah, peruntukan tersebut juga adalah untuk pembekalan benih tanaman berkualiti, harga yang stabil dimana ia melalui jualan terus dari ladang dan tidak melalui orang tengah. Peruntukan tersebut juga digunakan sebaiknya untuk penambahbaikan institusi Latihan Pertanian.

Bagi meningkatkan pengeluaran produk samada makanan atau kesihatan, kerajaan turut mempersiapkan sebanyak RM75 juta untuk kelancaran proses pengeluaran tersebut. Malah, kerajaan berbesar hati memberi bantuan utama kepada para petani dengan menumpukan kepada pengurusan kos pengeluaran dengan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian yang berjumlah RM2.4 billion.

Selain itu, dalam usaha memajukan bidang pertanian ini di Malaysia, kerajaan telah mewujudkan satu kementerian serta jabatan dan agen pelaksana yang berkaitan selaras dengan kemajuan yang sedang dikecapi oleh Malaysia dalam usaha yang berteraskan pertanian. Antaranya adalah :

5.1 KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI (MOA)


Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) merupakan satu langkah atau inisiatif kerajaan dalam membantu sektor atau bidang pertanian di negara Malaysia. MOA juga merupakan satu inisiatif yang mempunyai jabatan serta agensi pelaksana dibawah kepimpinannya. Ia juga merupakan pemangkin yang sentiasa menerajui proses transformasi didalam sektor pertanian secara lebih terancang, bersepadu dan menyeluruh berteraskan perkongsian pemikiran dan juga tenaga organisasi bagi mencapai matlamatnya. Sektor pertanian juga merupakan salah satu penyumbang didalam ekonomi Malaysia melalui perniagaan. Menurut Datuk Seri Noh bin Haji Omar yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu, beliau menyatakan bahawa bidang Industri Asas Tani (IAT) memainkan peranan utama dalam memastikan peningkatan yang lebih tinggi didalam rantaian nilai selain peningkatan produktiviti sektor pertanian. Ianya juga selari dengan definisi IAT iaitu industri yang menambah nilai bahan mentah pertanian melalui aktiviti pemprosesan produk hiliran. Beliau juga turut memperincikan perangkaan strategi baru MOA termasuklah peningkatan pembangunan modal insan, peningkatan keupayaan pengeluaran, peningkatan kualiti produk, pembangunan dan pengembangan produk, pembangunan penjenamaan, promosi dan pemasaran untuk merapatkan jurang imbangan perdagangan.

Dari segi pendidikan, MOA juga turut memberi bantuan seperti Program Latihan Kemahiran Pertanian Malaysia dengan tujuan untuk menggalakkan generasi muda bagi melibatkan diri didalam bidang pertanian sebagai pekerja yang mahir serta pengusaha bagi sektor pertanian yang bertaraf komersil dan berskala besar melalui teknologi yang terkini . Bantuan juga turut diberikan dengan cara pemberian subsidi pada sektor penanaman padi khusus kepada harga padi, baja padi, harga beras, benih padi serta beberapa insentif lain seperti peningkatan hasil padi dan pengeluaran padi. Pemberian bantuan ini dikatakan mampu untuk meringankan beban pengusaha terutamanya dalam sektor pertanian.

Antara jabatan atau agensi pelaksana di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) adalah seperti Jabatan Pertanian atau DOA, Jabatan Pertanian Sarawak, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), LPNM, MADA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), FAMA, DVS dan banyak lagi.

5.2  INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

  
     MARDI atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia merupakan salah satu agensi pelaksana yang diwujudkan sekitar tahun 1969 dibawah Akta MARDI 1969. Sungguhpun begitu, ia mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. Ianya ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Antara fungsi-fungsi MARDI adalah untuk menjalankan penyelidikan, pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan sains, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani dan sosial yang berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman. MARDI juga berfungsi sebagai pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta Research & Development (R&D) kontrak. Antara lain, setiap penyelidikan, inovasi dan latihan yang diberikan oleh MARDI mampu memberi bantuan kepada usahawan tani untuk lebih maju serta menjadi platform kepada usaha dan pencapaian yang berterusan dalam memberi kelainan pada hasil pertanian. Secara tidak langsung, usahawan tani akan bersaing dengan lebih sihat dalam mempelbagaikan hasil tanaman mereka.

     Sebagai contoh, pihak MARDI sedang giat menjalankan penyelidikan bagi penanaman padi ‘aerob’. Hasil-hasil penyelidikan ini memberi impak kepada anjakan potensi perniagaan dan keusahawanan didalam bidang ini. Penghasilan kajian yang bermutu mampu diketengahkan dan dikongsi bersama orang ramai.

Terdapat pelbagai informasi yang boleh kita dapati dari saluran-saluran yang boleh dipercayai seperti laman sesawang MARDI yang membekalkan informasi seperti Herbs & Medical Plants of Malaysia Information Series (MePIS), Malaysia Tropical Fruit Information (MyFruits) dan MARDI AgroExpert Chilli Expert System.

5.3  LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)


Kerajaan juga turut menyediakan platform bagi pemasaran tanaman iaitu melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) yang juga merupakan agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA). Hal-hal berkaitan pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk Industri asas tani yang lain adalah dibawah tanggungjawab FAMA untuk memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa. Kewujudan FAMA juga memberi impak yang besar kepada negara Malaysia. FAMA memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran hasil produk dan meningkatkan pendapatan pengeluar serta memastikan produk pertanian industri asas tani tersedia. Produk pertanian ini juga boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar pengguna. FAMA juga giat mengusahakan peningkatan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada beberapa perkara yang mampu membantu pelaksanaan peranan FAMA di sektor pemasaran Malaysia. Antara usaha-usaha tersebut adalah memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak, memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport.

Sebagai contoh, menurut Ghazali Basri (2016), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merekodkan nilai jualan sebanyak RM8 juta setakat bulan ini melalui program MyBest But yang diadakan di seluruh negara. Melalui program ini, seramai 3,000 usahawan tani telah menyertaninya dan dapat dilihat bahawa FAMA telah membantu usahawan tani di Malaysia dengan membuka peluang kepada pengusaha ini untuk turut serta dan sekaligus membantu menjana pendapatan mereka. 

Selain itu, FAMA juga mempunyai satu pelan strategik jangka panjang bagi meningkatkan dan meluaskan pasaran produk pertanian serta memacu pemasaran iaitu peningkatan bekalan hasil pertanian, peningkatan akses pasaran, peningkatan bilangan usahawan tani agromakanan, penjanaan pendapatan kumpulan sasar bagi kalangan petani dan juga usahawan tani serta peningkatan kecekapan khidmat pemasaran.

Sokongan dan bantuan kerajaan bukan hanya terhad kepada kewujudan jabatan dan agensi pelaksana seperti MOA, MARDI, FAMA dan lain-lain, kerajaan juga turut mewujudkan strategi bagi mempromosikan bidang pertanian di Malaysia. Banyak insentif dan kemudahan yang telah kerajaan sediakan bagi mendorong generasi muda untuk menyertai bidang pertanian.

Program yang diberi nafas baru serta berinovasi khusus untuk menambahkan pendapatan usahawan tani di Malaysia turut diperkenalkan sebagai satu platform yang baik untuk diusahakan. Berdasarkan petikan dari Usahawan.Com, antara strategi dan program yang telah disediakan oleh kerajaan adalah :

             5.0.1  Amalan Pertanian Baik (APB)
        Jabatan Pertanian Malaysia telah memberi satu pendekatan baru dengan mewujudkan APB dalam sistem pengembangan pertanian. Ianya bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan. Strategi ini juga merangkumi pengurusan ladang yang lebih    mesra kepada alam sekitar. Selain itu, APB juga bertindak dalam memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti. Malah, produk yang dikeluarkan juga perlulah selamat dimakan dan tidak menimbukan risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja ladang.

5.0.2  Dasar Agro Makanan Negara (DAN)
          Dasar ini dibentuk bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara dan Kabinet Malaysia telah meluluskan dasar ini pada 28 September 2011, yang akan dijalankan selama 10 tahun bermula dari tahun 2011 hingga 2020. Salah satu dari bidang keutamaan DAN adalah untuk meningkatkan industri asas tani, mengukuhkan industri padi dan beras serta memperkukuhkan industri sayuran, buah-buahan dan kelapa.

5.0.3 Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA)
        Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menganjurkan beberapa pameran pertanian yang diadakan setiap dua tahun sekali melalui MAHA. Ia bertujuan untuk mempromosikan produk-produk pertanian yang diusahakan oleh usahawan tani di Malaysia kepada masyarakat. Pameran ini juga memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi dan inovasi. Dalam usaha memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri asas tani untuk pelabur asing dan persendirian, MAHA dijadikan platform terbaik untuk mendedahkan belia kepada bidang pertanian.

5.0.4 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
        RTC merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi. Telah banyak RTC dibuka di Malaysia seperti yang terdapat di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan. Terdapat pelbagai bantuan yang boleh diperolehi oleh penduduk-penduduk di RTC seperti menjual produk pertanian berbentuk nilai tambah tinggi secara terus, membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah, mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan. Ini juga merupakan kaedah pemasaran moden di mana RTC bertindak sebagai pusat integrasi perkhidmatan yang meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan. Penduduk juga boleh mendapatkan kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus serta berkongsi dan bertukar maklumat mahupun pengetahuan serta secara langsung dapat menghubungkan pengeluar dengan pengguna.

6.0 KESIMPULAN

Pertanian di Malaysia dilihat sebagai satu bentuk bidang yang mampu berkembang dengan pesat dan pergi lebih jauh memandangkan ianya semakin kerap diusahakan. Ini kerana, Malaysia merupakan salah satu negara yang masih mempunyai tanah yang subur dan sangat sesuai untuk pertanian berikutan Malaysia juga merupakan negara Khautulistiwa. Selain tanah yang subur, Malaysia juga tidak kerap berlaku bencana yang mengakibatkan kerosakan tanaman jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Malahan, bidang pertanian ini merupakan satu sektor yang mempunyai daya saing yang tinggi serta masih lagi merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Sektor pertanian ini juga dilihat mampu memberi impak positif apabila penyertaan sektor ini diperingkat dunia mampu menyatu padukan banyak negara-negara malahan manusia dari setiap pelusuk dunia. Bukan itu sahaja, ia menjadi satu perkara yang diambil berat untuk dikaji dan diinovasi hingga menjadikan penghasilannya satu perkara yang menguntungkan individu atau usahawan yang menceburkan diri di dalam bidang ini.

Sungguhpun faktor dari cabaran dan halangan itu memberi kesan terhadap pembangunan sektor pertanian, jika dilihat dari sudut positif, jabatan dan agensi pelaksana yang dilantik oleh kerajaan mampu mengatasi permasalahan tersebut. Pertanian adalah perniagaan mampu terlaksana dengan adanya pelantaran yang disediakan oleh kerajaan serta penglibatan usahawan tani dalam menggunapakai sepenuhnya inisiatif yang diwujudkan ini. Selain menjana pendapatan, negara Malaysia dapat mengekalkan ekosistem yang lebih hijau, segar dan bersih.

7.0 RUJUKAN

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. (2013). Kisah kejayaan usahawan industri asas tani. Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mohammad Shukri Majalin. (2011). Menjadi usahawan tani yang berjaya. Selangor: Penerbitan Melur.

Valentino Dinsi. (2015). Satu keluarga satu usahawan "skuse" (Jamaludin Shahidan, Peny.). Selangor. JSA WISE Sdn Bhd

Ashriq Fahmy Ahmad. (2012). Cabaran graduan usahawan tani. Capaian 28 Ogos 2016, dari http://ww1.utusan.com.my

Ghazali Basri. (2016). Program my best buy rekod jualan rm8 juta. Capaian 28 Ogos 2016, dari http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (2016). Penubuhan dan latar belakang. Capaian 28 Ogos 2016, dari http://www.mardi.gov.my/

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). (t.t). Latarbelakang. Capaian 2 Ogos 2016, dari http://www.fama.gov.my/

Rafiqah Aziz. (2015). Kepentingan pertanian bandar dan cabaran yang dihadapi oleh petani bandar di malaysia. Capaian 14 Ogos 2016, dari http://malaysiangeographers.org/ h.44-56

Usahawan.com. (t.t). Pertanian adalah perniagaan. Capaian 28 Ogos 2016, dari http://www/usahawan.com/kerjaya/pertanian-adalah-perniagaan.html 

Laupa Junus. (2009, 13 Ogos ). Pendekatan baru perkasa : sektor pertanian. Agro Biz, h. 2.

Mohamad Nizam Malik. (2009, 13 Ogos) Agribazaar. Agro Biz, h. 19.

3 comments:

  1. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete
  2. Hari yang baik untuk semua warga negara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini sehingga semua warga negara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman peminjam di internet dari NIGERIA dan lainnya bagian dari AFRIKA,

    Setelah beberapa waktu mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18,7 juta, untuk seorang wanita di saudi arabia dan Nigeria.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan teman saya Ny Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya kepada Lady Esther, manajer Cabang Access Loan Firm, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari LADY ESTHER, jadi I Screams menuangkan dan menghubungi LADY ESTHER. via email: (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp200 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya diperintahkan untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit I dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam uang pinjaman telah dimasukkan ke dalam rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan jumlah Rp200 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman awal saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. LADY ESTHER dengan baik melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman Anda

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam

    ReplyDelete
  3. Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui email {} charlottemasonloanfirm@gmail.com

    Maklumat Peminjam:

    Nama penuh: _______________
    Negara: __________________
    Seks: ______________________
    Umur: ______________________
    Amaun Pinjaman Diperlukan: _______
    Tempoh pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nombor telefon bimbit: ________

    Puan Charlotte

    ReplyDelete